Blogger news

Friday, February 12, 2010

Minah salleh yang tak fasih ckp English..

                 Penah tak korang dengar kisah mat salleh or minah salleh yang tak fasih cakap English??Aaa..tentu tak penah dengar or baca kisah macam ni kan? Di sini akan ku kongsikan kisah realiti hidupku yang jarang berlaku depan mata korang.

                Dah beberapa ari aku tinggalkan blog ini tanpa coretan kisah-kisah yang baru ataupun omputih ckp not updated. huhu..okies, mari kita ikuti kisah ini. Ianya berlaku pada awal tahun lepas, berapa ari bulan berapa aku sendiri pon dah lupe..keh keh..
http://www.emocutez.com

                Suatu pagi yang dingin di Cyber Cafe di sebuah bandar, sekitar kira-kira pukul 9 a.m aku sudah mula bertugas dengan membuka pintu pagar cc dan membersihkan karpet merah di dlm cc dengan hanya menyapu menggunakan penyapu plastik. Batang penyapu tu besi disaluti dengan plastik diluarnya..Aku mesti cepat bersihkan sekitar area pelanggan lalu lalang ni supaya kelihatan bersih walaupun agak perit jariku ini kerana terpaksa membersihkan kedai ini yang agak luas dimana cc ini mempunyai lebih 42 pc dan mempunyai partition(penghadang diantara pc bknnya partition dalam pc ok?) setiap pc.Selalu jugak melecet jari jemariku ini kerana membersihkan kedai sebesar ini. Pastu tampal la plaster jwbnya. Sekitar pukul 9 a.m kebiasaannya customer belum datang lagi. Lepas siap bersih kt dalam kedai(cc), kena sapu kt tangga cc lak.
http://www.emocutez.com

              Lot kedai tempat aku keje tu aras 2. boleh korang bayangkan cam ne aku keje kat situ? kalau aku tak sapu, tetiba je bos aku datang buat sportcheck, dia akan marah kalau ada walaupun sedikit debu atau sampah atas tangga. Maaf lah kalau andainya anak bos aku terbaca kisah ini..mmg btul tak berkesempatan pagi-pagi nak kena clean kedai sebesar itu. Opis tempat aku keje kat selangor tu pon tak la sebesar kedai tu. Mentang-mentang la aku staff kt pompuan kat situ. Aku jugak la yang di 'aim' bila ada sampah kat atas tangga. Aku bukan cleaner professional nk cuci dalam masa yang singkat supaya semua bersih. nak di jadikan cerita, lepas siap mengemas dan membersih kedai sekitar pukul 9.40 a.m kelihatan beberapa orang budak lelaki dan pompuan yang masih remaja masuk ke sini untuk menggunakan internet. Dah namenya cyber cafe tentu la org nk guna internet kan? hhuhu.. Aku mesti duduk di meja kaunter supaya senang nampak ada orang datang.
http://www.emocutez.com

             Sedang aku baru dok pikir2 http://www.emocutez.com pelajaran yang aku nak ajar kat student kelas komputer tetiba je aku disapa oleh mat salleh and minah salleh. "Hello..good morning". aku pun jawab la "hello, yes..sir and madam can i help u?" huhu..aku dah berdebar tahap cipan ni..sebab takut diaorang tak paham aku cakap ape. dalam hati aku ni, "mat salleh betul ni..abis la aku..takpe2, cool down. Insya-Allah ok". aku cuba menenangkan ati sendiri. 

                Mata mat salleh dan minah salleh itu masih meninjau-ninjau di sekitar cc tu. Agaknya dia sedang pikir nak minta pc yang jauh dari orang lain kot. itu pada pikiran aku la. Seterusnya baru dia(minah salleh) jwb pertanyaan aku dengan senyuman.. "Saya mahu menggunakan internet, boleh bagi saya 2 pc??"Aku bagai tak percaya minah salleh ini tahu berbahasa melayu. Aku pun jwb la.."ok. silakan guna pc yg ini dan yg ini". sejam kemudian..Mat salleh ini ke maje di kaunter. Dia tak berkata apa-apa melainkan hanya senyum memandangku sambil mengeluarkan wallet. Aku pun tanya la dia "sudah siap guna internet??" dia pon macam terpinga-pinga http://www.emocutez.com tak paham ape yang aku cakapkan. Aku pelik..nape lak mat salleh ni tak paham. tadi awek dia cakap melayu ngan aku. dia pon cakap, sorry.. oh aku pon paham la dia tak phm bahasa melayu. Aku pon ckp la dia kena bayar rm2. Aku pon tanya la dia asal dari mana. dia pon ckp la dia asal orang sweeden. yang perempuan itu kawannya asal dari negara berlainan. pompuan tu dari Ireland. dia menambah hanya kwnnya tu je tau cakap melayu. 

                Sebelum dia keluar dari tempat tu dia sempat menyapa kwnnya yang pompuan tu kerana dia terpaksa pegi dulu.kwnnya yang pompuan tu speaking ngan dia, tapi nampaknya tak fasih untuk berbahasa inggeris kerana dari pelat dia ckp inggeris tu tak smooth. Ini adalah pertama kali aku jumpe minah salleh yang tidak fasih ckp inggeris. Namun begitu aku kagum kerana dia fasih berbahasa melayu walapun dia bukan orang melayu dan tinggal nun jauh di barat or selatan sane. Walaupun diaorang tu mat salleh, tapi diaorang tak buat perkara tak senonoh kt cc tempat aku keje tu..Alhamdulillah..http://www.emocutez.com sekarang aku tak payah pikir hal menyakitkan mata aku..kerana aku sudah tak bekerja di situ lagi. -The End-

1 comments:

Anonymous said...

Mak aih..pjg berjela-jela kisahnya yer? hehe..

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda di sini..

Uji kepantasan menaip