Blogger news

Thursday, April 1, 2010

Kisah Cinta Sejati

Salam...
Sudah lame rasanya aku tak update blog ni. Sebab agak sibuk dgn keje repair laptop customer dan ke sane ke mari dgn pelbagai urusan hinggakan tidur pun tak menentu skrg ni. Kepala aku selalu je pening, kadang-kadang tu sakit sampai berdenyut-denyut. Aku tulis ape yg aku rasa kat sini sebab bagi aku blog ni tempat aku boleh luah perasaan, tapi bukanlah sewenang-wenangnya menulis di blog ini hingga menyinggung perasaan orang lain.

Aku ingatkan blog ini privacy, aku pun sebenarnya tak nak org kenal sape aku.
Secara tak sengaja, org dah tau siapa Cik Darling ni.. so, aku pon xleh la nk citer detail sangat ape dalam kepala dan perasaan aku ni. Bukan jenis aku suka citer hal peribadi kt org. Dan aku juga tak suka org yg jenis busy body.

Tadi aku belek2 content dalam laptop aku (laptop boleh belek2 cm buku ke? hahaha).. Aku terjumpa 1 kisah yg dah lame aku copy dan simpan dlm laptop aku ni. Tajuknya..wednesday. Dgn penuh perasaan ingin tahu, aku buka la baca kisah tu, dah tak berapa ingat kisah tu. Aku ingatkan cerpen pendek kisah yg aku baca tadi tu..sebab ayat dia tu mcm novelis je. Rupenya tidak..Tidaklah terlalu berbunga2 sgt ayat dia tu. Tapi perjalanan cerita dia dan sedikit ayat yg mengandungi unsur metafora dan ayat sastera kiasan, nampak best cerita dia. Bila akhirnya aku abis baca tu, nak menitik gak air mata aku ni..korang tau nape? sebab rupenya disebalik kisah yg aku sangkakan cerpen pendek itu, rupenya itu ialah kisah benar hidup 2 org insan. Kisah itu ialah kisah cinta mereka. Aku ingat nak attachkan sekali kisah hidup mereka kat sini..tapi aku takut di cop menyalin semula ke ape ke...so, dont take risk kate org. aku amik summary je dari citer tu ok?

Kisahnya seorang lelaki yg biasa, yg kate org rupe biasa, masih belajar mempunyai seorang awek yg cantik, montok, putih, kaya, pandai dan sempurna segala-galanya pada pandangan kekasihnya itu. Layanan aweknya itu padanya mmg perfect sgt bg lelaki itu. dia sendiri pun heran, mcm mane perempuan yg sempurna seperti itu boleh jatuh cinta padanya. Walaupun masih ramai mamat2 yg hensem2 dan kaya2 di luar sane cuba mengoratnya, namun dia tetap memlilih lelaki itu sebagai kekasih hatinya. kebahagiaan yg difikirkan berpanjangan, akhirnya tak kesampaian..

Tuhan lebih menyayangi kekasih hatinya itu yg disayangi sepenuh hatinya. Betul-betul membuatkankannya seolah-olah tak mampu lagi utk meneruskan hidup. terasa terhenti nyawanya bila kekasih pengarang jantung hatinya itu tidak bernyawa lagi kerana menghidap penyakit kronik iaitu kanser tulang. Hilang sudah penyeri hidupnya,yang menjadi penyangga kekuatan dirinya.Bertitik noktah jua kisah cinta itu.Dia terjelepuk dalam kerinduan yang tidak akan pernah pudar pada si gadis.Dia tidak sanggup mencari pengganti.Tidak sanggup lagi bersaing dengan kecemburuan takdir.Jiwanya terlalu lara,terlalu lama dan pastinya tidak berkesudahan. Dia mungkin tidak akan bercinta lagi. hatinya yang sudah penuh dengan bayangan si gadis tidak mungkin terisi lagi dengan nama gadis-gadis lain.<--ini antara ayat2 kisah yg aku baca tu.power ayat dia kan. ni ayat lelaki tu yg karang. Bila hati sedih, sesapa jua boleh kuar ayat jiwang2..pada pendapat aku la. berbulan-bulan lamenya kekasihnya itu sakit, penuh diselingkari dengan wayar pada badannya. hanya air mata yg menjadi peneman mereka. Kekasihnya itulah yg menyuapkan makan pada gadis kesayangannya itu. Dia jugalah menjadi penghibur duka lara hati si gadis.Duka seorang dewi yang tidak mungkin dapat pulang ke kayangannya lagi.
begitulah kisahnya cinta sejati. Kepala aku berdenyut2 je mlm ni, tak dapat aku nk rumuskan dgn baik kisah itu.



aku juga nak kongsikan sedikit pendapat aku tentang hasrat dan keinginan. Bila kita frust, kite slalu akan cakap.. nape aku slalu tak dapat ape yang aku nak??? 
contohnya, kamu nak basikal masa sekolah dulu, kamu pun berdoa...tapi x dpt basikal..sebaliknya ibumu suh kamu naik bas sekolah yg dibayar tiap2 bulan tu. Try kamu pikir blk, nape kamu tak dpt basikal?? 
sebab sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha mengasihi. Kamu renung-renungkanlah tafsiran ayat surah al-baqarah ni,


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah ayat 216)


Allah itu lebih mengetahui ape yg terbaik buat kite. Aku nak kena format laptop customer tonight. so, aku minta diri dulu. semoga berjumpa lagi di lain hari.

Uji kepantasan menaip