Blogger news

Friday, February 26, 2010

Apa Itu Blog?

Definisi blog

Blog adalah ringkasan bagi weblog dan ia merupakan satu jenis web yang boleh dikategori/diumpamakan sebagai online journal ataupun online diari yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari mengikut kemahuan pemiliknya. Ia berkonsepkan post atau artikel yang mempunyai kronologi atau dikenali sebagai Reverse Chronical Order. Dalam maksud mudah, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan seterusnya. Kebiasaannya blog dimiliki oleh individu dan kandungannya pula sentiasa dikemaskini serta mempunyai fungsi komen untuk membolehkan pembaca memberikan sebarang komen bagi setiap artikel yang diterbitkan.

From Wikipedia, the free encyclopedia…
A blog (an abridgment of the term web log) is a website, usually maintained by an individual, with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in reverse chronological order. “Blog” can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog.
Blog biasanya dipersembahkan dalam bentuk teks dan ditambah dengan sedikit gambar. Tetapi kini, blog dipersembahkan dalam pelbagai cara seperti photo blog dan video blog. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti ;
  • blogger.com
  • wordpress.com
  • tblog.com
Ketika ini, perisian Wordpress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat. Selain itu, ia juga mesra pengguna dan mudah di index oleh enjin carian.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda di sini..

Uji kepantasan menaip