Blogger news

Friday, February 26, 2010

Episod Mencari Keje

Salam..sudah lame rasanya aku tinggalkan blog ini utk satu keje freelance..huhu..
aku menduakan blog ini..kekeke.maafkan aku ye myblogcikdarling kerana aku menduakan dirimu..hua hua..
Macam blog aku ni ada perasaan plak ye? huhu..lalala~

Dalam tgh sibuk2 cari keje..sempat jugak aku terima tawaran from my cousin to develop blog for their business. Aku tulis "their" coz diaorang husband and wife. huuhu..aku betul2 mencabar kemampuan diri untuk lebih independent dan bajet masa dalam sesuatu keje. Sebab IT adalah satu bidang yang mencabar yg merangkumi pelbagai aspek disiplin dalam kerja. Mesti komited, intelligent, teamwork(if working by group), co-operation, mesti siapkan keje dalam masa yang ditetapkan dan pelbagai aspek lagi yang tak mampu aku nak sebut semua kat sini..hehe.

Tak penah lagi aku menganggur kt umah lebih dari 3 bulan seumur hidup aku..
tapi ape yang berlaku semuanya bukan lah atas kehendak aku..Aku terima semua suratan takdir Yang Maha Esa. Aku tak keje bukan sebab aku malas ataupun no an employer to hired me. but i need to take care of my mum.. dia jatuh sakit pada bulan november tahun lepas..ketika itu aku bekerja di sebuah company yang mengusahakan bidang engineering di selangor. Aku sangat takut melihatkan keadaan ibuku ketika itu. Berat badannya susut mendadak dari 68kg ke 40kg. Tak sanggup aku lihat penderitaan ibuku. Dalam hati aku sentiasa berdoa supaya Allah akan panjangkan umurnya. Aku tidak mahu lagi kehilangan seorang lagi orang tuaku. Ayahku telah pulang ke rahmatullah pada bulan ogos tahun lepas.

Selepas Ibu dikeluarkan dari wad, bermulalah episod aku berulang alik dari rumah ke klinik pakar perubatan, klinik dermatology, oftalmologi dan klinik pakar ORL. Every week appointment..dalam seminggu ada 3 appointment(aku kena temankan mak setiapkali ada appointment sebab dia ada mcm2 masalah kesihatan, kalau aku keje, bos tentu akan marah sebab asyik cuti dan tak boleh bg komitmen pada keje)..appointment semuanya dengan klinik yang berlainan. Memandangkan tiada orang yang sesuai boleh menjaga ibuku di kampung, i was decided to resigned from that company. Masa tu bos aku tak sanggup nk lepaskan aku. Walaupun dia nak naikkan gaji aku(lumayan weh), aku terpaksa tolak juga coz i have no choice. Klu aku keje kat sane, bagaimana dengan ibuku??

Berat hati utk aku membuat keputusan.. Namun, aku kuatkan hati. Alhamdulillah..Kesihatan my mum sudah semakin baik. Doktor akan buat follow up lagi bulan 4 ni. So, Aku sudah boleh bekerja. Aku sudah mula membuat operasi mencari keje besar besaran bersama teman2 yang semuanya dari jurusan yang berbeza pada minggu lepas. huhu..keputusannya belum diketahui..Aku tak boleh untuk mengharapkan 1 company tu sahaja. aku akan mulakan operasi cari keje secara individu mulai hari ini. Cayyok Cik Darling! Stop sampai di sini dulu la cerita aku kali ni coz ayat aku sudah mula berterabur. Mungkin sebab hari ni cuaca panas betul menyebabkan aku tidak senang duduk. rasanya mau saja aku berendam dalam swimming pool. huhu~

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda di sini..

Uji kepantasan menaip