Blogger news

Tuesday, January 26, 2010

My engagement

Satu persatu kenangan muncul dalam RAM aku ni..macam komputer plak aku ni yer? hehe..
pada hari raya ke-3 tahun 2009 iaitu tahun lepas, aku telah pon bertunang dgn seseorang yg aku syg.


Majlis pertunangan aku agak meriah juga walaupun sederhana saje. Aku teringat akan satu peristiwa mencuit hati di mana sepupu aku selaku jurucakap family kami telah bertanya "Adakah aku setuju menerima peminangan ini dan adakah aku setuju dengan jumlah hantaran RMXXXX. Dengan tersipu-sipu malu aku pon iyekan je la..yg aku nk tergelak ialah sempat lagi kwn aku nama she-i bertanya, "tak boleh naik lagi ke duit hantarn tu? " kami yg berada dalam bilik semua ketawa geli hati dgn soalan she-i tu.. klu biasa org tanya nak turunkan jumlah duit hantaran,tapi dia pula sebaliknya. masa majlis tu berjalan aku kena dok dalam bilik je. Yg menyampaikan ape-ape pesanan kpdku ialah abgku sendiri..malu giler wey time tu..duduk pon kena ayu je..huhu..
<--ini adalah salah hantaran yg aku buat sendiri



Malam ni aku belek-belek photo album pertunangan aku. bila aku terpandang gambar sirih junjung, aku jadi nak tergelak sorang-sorang. malam sebelum hari pertunangan aku beriya-iya nak suruh kak moh buatkan aku sireh junjung. dia dah bagitau aku awal-awal, kalau buat mlm tu, bunga akan cepat layu..aku pon ckp la kt dia, klu tak buat mlm tu mesti tak sempat sebab esok pagi lagi majlis tu..sebab aku ni degil sgt, kak moh pon buatkan juga sireh junjung tu..cantik betul. keesokan paginya. aku tgk bunga yg warna ungu tu x mekar macam mlm sblmnya..aku pon renjis-renjis skit air kt bunga tu, tak nak juga dia kembang. setelah aku tanya dgn ibuku patut la bunga itu tak nak kembang, rupe-rupenya bunga tu bunga kembang malam. waktu pagi dia akan tutup kelopak dia. haha..

Moralnya, kena la dgr cakap orang-orang tua.. kalau degil2 itu la akibatnya..

2 comments:

Anonymous said...

hehe..
=)

CikDarLing said...

=)

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda di sini..

Uji kepantasan menaip